Breaking News
Loading...

Recent Post

Kamis, 20 Oktober 2011
Babun pun pandai mencuri

Babun pun pandai mencuri

Seekor babun berjaya membuka pintu kereta milik Hendrik Raven dan melarikan beberapa barang.

kejadian tersebut berlaku di pinggir Cape Town, Afrika Selatan dan hanya diperhatikan sahaja oleh tuan punya kereta itu.

buka pintu pelan2...


ambil apa yang patut...(nampak tak babun tu mengendong anaknya)


dan....lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


Rabu, 19 Oktober 2011
Motosikal digerak guna taik isk..isk...isk

Motosikal digerak guna taik isk..isk...isk

Sebuah firma tandas di Jepun iaitu Toto telah membangunkan motosikal yang menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa yang boleh bergerak sehingga 80km sejam.

motosikal yang dinamakan toilet Bike Neo itu dicipta bagi membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 6% dalam tempoh enam tahun.

hmmmm ok..masalah asap akan selesai. bagaimana dengan masalah bau. motosikal ini berbau atau tidak???

cuba bayangkan beratus-ratus motosikal berkuasa taik atas jalan raya.....pergghhh semerbak baunya huhuhu

harap-harap ia tidak mengeluarkan baulah ye hehe

motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.

Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini

brader kita kelihatan macho dengan motosikal jambannya huhu
Senin, 03 Oktober 2011
Buaya kaler oren

Buaya kaler oren

Ada seekor buaya yang tinggal di Melbourne, Australia sana telah bertukar kaler menjadi oren terang.

perubahan tersebut memeranjatkan pemiliknya Tracey Sandstrom. menurut Tracey, ada kemungkinan paras pH air dalam tangki menyebabkan buaya itu bertukar warna.

oh ya lupa...buaya oren itu bernama Snappy. ala-ala Snoopy gitu huhuhu





tapikan, buaya darat macam-macam kaler ada kan?
hehe


Minggu, 02 Oktober 2011
Pesawat kecil tersangkut pada Roda Ferris Sydney

Pesawat kecil tersangkut pada Roda Ferris Sydney

Sebuah pesawat ringan telah melanggar sebuah roda raksasa Ferris yang sedang bergerak di Festival Old Bar di Taree, kira-kira 250 kilometer dari Sydney, Australia dan nyaris membunuh dua orang kanak-kanak.

Pesawat itu tergantung selama beberapa jam di atas struktur itu sebelum juruterbang dan penumpangnya berjaya diselamatkan. Orang ramai nyata sangat terkejut melihat pesawat Cheetah S200 itu merempuh roda terbabit dan tersangkut di atasnya.

"Sangat mengejutkan," kata Gary Jones yang dua orang anaknya baru sahaja menaiki permainan tersebut. Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dan remaja perempuan berumur 13 tahun berjaya diselamatkan.

Pihak berkuasa keselamatan udara akan menyiasat punca kemalangan itu






macam-macam hal.....mabuk ke apa pilot nih
Copyright © 2013 Travel and vacation All Right Reserved